Thursday, March 3, 2011

Penilai Buku Teks Kebangsaan


Taklimat Penyediaan Penilai Buku Teks KBSM yang diadakan di Hotel De Palma Ampang Selangor adalah untuk melatih para penilai buku teks PPSMI yang akan digunakan tahun depan (2012). Dihadiri oleh Prof, Prof Madya, Dr, GC (DG54), GC2, dan bakal GC di seluruh Malaysia, proses penilaian bahan contoh menjadi sangat teliti sehinggakan buku teks yang nampaknya tiada kesalahan, dikesan tidak boleh digunakan dalam pnp. Penilaian merangkumi ejaan, tatabahasa, saiz font, paragraph, jenis gambar, saiz gambar, jenis rajah, saiz rajah, graph, carta, ikon, penyendal, dan banyak lagi. Pendek kata setiap milimeter kertas itu diteliti untuk mempastikan buku yang bakal diterbitkan sebagai buku teks itu tidak ada cacat celanya.
Adalah diharapkan dengan terbitnya buku teks yang telah dinilai menjadi buku teks yang diminati oleh kebanyakan pelajar.

No comments:

Post a Comment

Jadual Gaji SBPA


I made this widget at MyFlashFetish.com.