Saturday, February 26, 2011

Bulan Sains Dan Matematik


Bulan Sains dan Matematik merupakan satu program penghayatan pembelajaran mata pelajaran di bawah Bidang Sains dan Matematik yang terdiri daripada Sains Tulen: Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan; Sains Teras: Sains dan Matematik. Program ini dilaksanakan sepanjang bulan Febuari setiap tahun. Objektif utama program ini ialah untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran yang disebutkan di atas. Memandangkan mata pelajaran di bawah Bidang Sains dan Matematik dianggap susah oleh kebanyakan pelajar, maka wajarlah program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada mereka bahawa ianya tidak seperti yang disangka.


KERTAS KERJA

BULAN SAINS DAN MATEMATIK

SMK Tandek

2011

1.0 Tajuk Kertas kerja:

Kertas kerja sempena Bulan Sains dan Matematik 2011, anjuran Bidang Sains Matematik, SMK Tandek

2.0 Pengenalan :

Bulan Sains dan Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati mata pelajaran Sains dan Matematik. Bidang ini biasanya dilabel sebagai bidang abstrak yang hanya mereka yang mempunyai IQ tertentu sahaja yang mampu menguasainya. Ini berpunca daripada ketiadaaan kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid.

Justeru, bagi ‘memanggil’ semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan lebih mesra, Bulan Sains dan Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan pemelajaran Sains Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya.

3.0 Objektif Program :

3.1 Membuka minda murid bahawa Sains adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.

3.2 Menyedarkan murid bahawa Sains dan Matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan di samping mencabar minda.

3.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.

3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P&P Sains dan Matematik di dalam kelas.

3.5 Membuka peluang meneroka alam Sains dan Matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan.

3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa lawatan ke pameran-pameran yang dianjurkan.

3.7 Melatih murid-murid memberi tumpuan secara pendengaran melalui radio sains.

4.0 Tarikh Aktiviti :

07 Feb 2011 hingga 26 Feb 2011

5.0 Masa Aktiviti :

Rujuk jadual aktiviti.

6.0 Tempat Aktiviti :

Rujuk jadual aktiviti

7.0 Senarai AJK Pengelola :

Penaung : En. Keng Chuan Seng

Penasihat : En. Androd Sadian

: En. Bonar Majangkin

: En. Amran Mohd. Zam Zam

: En. Hanim

Pengerusi : En. Majaron Masial

Penyelaras : 1. Pn. Faridah Mohd Rah

2. En. Abdul Malek Abdullah

Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana

Ahli Jawatan kuasa

Guru Bertugas

Perincian tugas

Perasmian

En Jason Wong

En Severinus Dawanson

1. Merancang acara yang akan semasa perasmian.

2. Menyediakan peralatan perasmian.

3. Menguruskan perjalanan majlis perasmian semasa perhimpunan.

Pengacara Majlis

Pn Grace Kelunie (Pagi)

Pn Elizabeth Boinon (petang)

Mengacarakan majlis Perasmian dan Penutup.

Backdrop

En. Rosmadi Abdullah

1. Menyediakan backdrop yang sesuai semasa perasmian

Buku/Risalah Atur cara

En. Jafresson Jamilin

En. Sungson Gantar

1. Menyediakan buku atur cara sebelum perasmian.

2. mengedarkan bukur atur cara semasa perasmian

Banner/Bahan perasmian

En. Hairul Azman

En. Fanny Malagob

Menempah dan menggantung banner untuk bulan Sains dan Matematik.

Dokumentasi/Fotografi

En. Yap Miu Seng

En. Clarence Jokilyn

1. Mengambil gambar-gambar aktiviti.

2. Menyiapkan dokumentasi bagi program ini.

Sijil

Pn. Norhayatie

Menyediakan sijil-sijil untuk pemenang.

Hadiah/ Cenderamata

Pn. Fauziah Daud

Pn. Wan Norsiah

1. Menyediakan semua hadiah untuk pemenang,

2. Menguruskan penyampaian hadiah semasa majlis penutup.

Penajaan

Cik Audrey Joan Anthonius

En. Patrick Tan

Mendapatkan penaja untuk hadiah pemenang bagi program ini.

Siaraya/Iklan

En. Rayner Doukim

Cik Lydiawati Maidom

1. Menyediakan iklan dan promosi bagi keseluruhan program

2. Menguruskan PA system pada hari perasmian dan Penutup

Majlis Penutup

En. Abdul Malek Abdullah

Pn. Faridah Mohd Rah

En. Severinus Dawanson

Menguruskan perjalanan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

8.0 Penyertaan :

Terbuka kepada semua murid

9.0 Cara Aktiviti dijalankan :

9.1 Pameran

Pameran-pameran daripada pihak luar akan diadakan di Dewan Sekolah. Pihak yang terlibat adalah – Pameran Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Jadual giliran lawatan akan dibuat supaya semua murid berpeluang menyaksikan pameran-pameran ini.

9.2 Pertandingan

Pertandingan-pertandingan akan dijalankan selepas waktu persekolahan. Pertandingan akan diwar-warkan semasa perhimpunan atau melalui pengumuman waktu rehat. AJK murid tertentu akan mengumpul penyertaan bagi pertandingan tertentu. (Rujuk jadual program)

10.0 Anggaran Perbelanjaan :

Bil

PERKARA

Tempat 1

Tempat 2

Tempat 3

HARGA

BIL KATEGORI

JUMLAH

(RM)

1

Teka Silangkata

10

7

5

22

1

22

2

Kuiz Bijak Sifir

10

7

5

22

1

22

3

Pertandingan MathGenius

10

7

5

22

1

22

4

Pertandingan melukis poster

10

7

5

22

1

22

5

Pertandingan Tangram

10

7

5

22

1

22

6

Alatan Perasmian - Belon dan Riben

50

1

50

JUMLAH BESAR

160

11.0 Penutup

Bulan Sains dan Matematik ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup. Kami akan berusaha supaya aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ini akan memberi kesan positif di dalam diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan pihak pentadbir kami berharap prestasi Sains dan Matematik sekolah ini akan meningkat dengan lebih baik lagi.

No comments:

Post a Comment