Tuesday, February 15, 2011

1-1 Club Japan tanam rambutan di SMK Tandek


15Feb 2011 bersamaan hari Selasa, sekali lagi 1-1 Club dari Jepun datang ke SMK Tandek untuk program penghijauan dunia. Program yang bermula tepat jam 2:00pm itu disambut penuh gilang gemilang apabila kelab Koir SMK Tandek kendalian cikgu Helena menyanyikan lagu tempatan "Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu" di depan gate sekolah ketika sukarelawan Jepun turun dari bas yang mereka naiki. Gembira dengan sambutan yang diberikan, merek turut menari sumazau bersama-sama dengan beberapa orang ahli kelab koir di depan gate sekolah. Pelajar asrama yang berbaris di kiri dan kanan jalan seolah2 membentuk lorong laluan pegawai2 dari Jepun itu. Mereka seterusnya berkumpul di depan bengkel KH untuk mendengar penerangan dari Pengetua. Selesai sahaja penerangan dibuat, pegawai2 dari Jepun itu memberikan beberapa hadiah yang mempunyai maknanya tersendiri. Selain daripada memberikan hadiah, mereka juga menerangkan tujuan mereka menanam. Mengikut jurucakap mereka, sekitar tahun 70an - 80an mereka banyak mengimport kayu balak dari Sabah. Pembalakan yang berlaku pada masa itu telah menyebabkan banyak masalah kepada alam sekitar seperti banjir kilat, dan kehilangan kawasan tadahan air. Masalah ini mereka sedari dan merasa bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan. Atas kesedaran ini, mereka merancang program penghijauan semula bukan sahaja di SMK Tandek, tetapi tempat2 lain juga di seluruh Sabah. Sebenarnya pokok yang mereka tanam itu tidak lah banyak, kalau dalam angka puluhan pokok sahaja belum pasti boleh mengurangkan kandungan karbon dioksida di atmosfera atau memulihkan kawasan tadahan hujan. Pada pendapat saya, mereka merancang program penghijauan ini hanya untuk menunjukkan mereka menyesal dan bertanggungjawab terhadap masalah akibat pembalakan.

No comments:

Post a Comment