Monday, November 15, 2010

konvo SMK Tandek

16 Nov 2010 SMK Tandek, satu majlis konvokesyen untuk pelajar tingkatan 6Atas tahun 2010 akan diadakan hari ini di dewan Perdana SMK Tandek seawal jam 7.30am. Bagi saya majlis ini sebenarnya untuk memberikan motivasi kepada para calon-calon STPM yang bakal berjuang November ini. Kalau mereka matang dan pandai berfikir, sudah tentulah mereka akan menjadikan latihan konvokesyen ini menjadi kenyataan apabila mereka berjaya masuk ke mana-mana IPTA nanti. Tapi malangnya dari pengamatan saya, ramai pelajar suka melanjutkan pelajaran ke IPTS (Swasta) dan bukannya IPTA (Awam/Kerajaan). Bukan kerana IPTS diminati tetapi kerana mereka tidak layak masuk ke IPTA. Saya rasa pelajar yang melanjutkan pelajarannya ke IPTS tidak tahu atau sengaja tidak mau tahu hala tuju mereka selepas grad dari IPTS.

Thursday, November 4, 2010

Piala suka-suka SMK Tandek

Apalah punya malang nasib saya kerana tidak dapat mengikuti Beregu Jemputan SMK Tandek piala Hasyahfiqa Jaya. Setelah berlatih sekian lama, sehari sebelum kejohanan saya kena ceret beret pula. Lemas seluruh badan dan demam. Beberapa minggu kemudian satu lagi anjuran SMK Tandek iaitu Piala Suka Suka untuk guru2 SMK Tandek sahaja dan beberapa orang luar yang berpartner dengan Guru SMK Tandek. Sekali lagi kejadian pelik menimpa saya, bahu kanan saya terasa sakit sampai tak boleh diangkat. Saya hanya merasa sakit selepas saya bangun tidur. Tak tau pula puncanya. Walau bagaimanapun saya sempat mengikuti piala suka2 itu walaupun tangan saya masih sakit belum sembuh sepenuhnya. Cgu Samuel mengajak saya berpartner dengannya walaupun saya memberi alasan sakit tangan.
Saya mempunyai prinsip ketika bermain. Walaupun saya bermain untuk enjoy dan kesihatan, tapi saya tetap mengutamakan kemenangan. Saya tidak mau main untuk kalah, maka itulah saya sentiasa berusaha untuk bermain dengan penuh tumpuan. Ketika kejohanan piala suka suka ini diadakan, kami dah juara dalam kumpulan, main dua kali (menang). Memandangkan tangan saya mula sakit, saya memberi cadangan agar peringkat seterusnya dijalankan keesokan harinya. Tapi tiada siapa yang bersetuju dengan saya. Persoalannya kenapa kejohanan itu perlu ditamatkan secara terburu2? keesokan harinya adalah cuti, semua orang pun free. Inilah yang saya maksudkan bermain secara tidak enjoy. Hanya mengutamakan kemenangan walaupun terpaksa bermasam muka dengan rakan2 lain. Oleh kerana partner saya demam selesema, dan kebetulan pula tangan saya mula sakit lagi, akhirnya kami kalah pusingan seterusnya dengan pasangan Roimin dan Rajis street set. Saya dengan mr padis pernah menang dengan pasangan roimin dan rajis sebelum ini.
pada pendapat saya, pertandingan kali ini lebih mengutamakan cepat siap dan bukannya bermain mengikut kemampuan. Oleh kerana keadaan tangan saya yang sakit dan tidak dapat meneruskan permainan pada malam itu, maka saya coba berbincang dengan urusetia untuk bermain keesokan harinya, tapi sangat mengecewakan kerana mereka tetap mau menghabiskan game malam itu juga. Walaupun dah bermain banyak game (set), mereka tetap mau meneruskan untuk menamatkan dengan cepat pertandingan itu. Seingat saya tidak ada pertandingan seperti itu di mana2 yang main melebihi dua peringkat. Biasanya sehari hanya satu peringkat sahaja, tapi ini pemain yang dah cedera, hampir2 putus nafas pun dipaksa bermain. Main untuk apa ini?... sebenarnya setiap pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan seseorang.

Wednesday, October 20, 2010

Piala hasyahfiqa Jaya Beregu Badminton Jemputan SMK Tandek


SMK Tandek 20Okt2010, sekali lagi SMK Tandek berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton Beregu jemputan buat yang ke sekian kalinya dekat sini. Seperti yang dijangka penyertaan amat menggalakkan. Pihak penganjur menghadkan penyertaan kepada tiga beregu dalam setiap lapan kumpulan. Dalam setiap kumpulan, penyertaan pertama tidak perlu membayar yuran, penyertaan kedua dan ketiga dalam setiap kumpulan perlu membayar hanya RM20.00 sahaja. Walau bagaimanapun dengan membayar RM20.00 ini sangat berbaloi kerana setiap pemain dibekalkan bulu tangkis dan T-shirt percuma... wah bayangkan bertapa untungnya menyertai pertandingan ini. Kalah pun dapat baju.. Kita amat berterima kasih kepada pihak yang memberikan sponser dalam pertandingan kali ini iaitu syarikat Hasyahfiqa Jaya. Tempat pertama dimenangi oleh pasangan Elvis dan Falsius, tempat kedua pula dimenangi oleh pasangan ahloi dan ahkiong, manakala tempat ketiga bersama ialah pasangan cgu Samuel dan cgu Sungson / pasangan cgu Joel dan cgu Richard. Tahniah kepada semua kerana memariahkan lagi acara kali ini.

Wednesday, September 29, 2010

Pelancaran ‘Cybersafe in Schools’ di SMK Tandek


KOTA MARUDU, 24 September – Pelancaran Cybersafe telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Cybersafe (Cyber Security Awareness For Everyone) merupakan satu daripada inisiatif di bawah program Innovation@Schools, satu usahasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan Kementerian Pelajaran. Program ini merupakan satu lagi langkah kerajaan di dalam mengukuhkan prasaranan keselamatan siber negara dengan fokus kepada bidang pendidikan. Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata melalui program itu diharapkan dapat meningkatkan tingkah laku serta cara berinternet dengan lebih selamat di kalangan pelajar dan guru. Katanya dalam usaha kerajaan untuk memperluaskan capaian rakyat kepada ICT serta mempertingkatkan lagi penggunaannya, harus diingat bahawa walaupun ICT merupakan alat yang boleh diguna untuk pelbagai tujuan baik, ia juga mampu mewujudkan persekitaran negatif yang mendedahkan anak-anak kepada aktiviti tidak sihat. Katanya lagi, negara menghadapi cabaran-cabaran yang besar di ruang siber, antara lain seperti keberkesanan undang-undang siber di luar sempadan negara, pertumbuhan media siber, pembangunan modal insan dalam bidang keselamatan siber, dan penggodam yang mensasarkan infrastruktur maklumat kritikal negara.
Sementara itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata berdasarkan perangkaan Cybersecurity Malaysia, terdapat peningkatan 92% dalam jumlah insiden yang dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 dalam tempon lapan bulan pertama tahun ini, iaitu 4,390 kes berbanding 2,289 kes bagi tempoh yang sama tahun ini. Katanya kes-kes ini melibatkan insiden gangguan siber, penipuan, cubaan pencerobohan, kod berbahaya, spam dan gangguan perkhidmatan. Agensi pelaksanaan Cybersecurity Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, telah mengadakan projek perintis di 22 buah sekolah seluruh negara setakat ini, melibatkan seramai 7,753 orang pelajar dan 526 orang guru.

TPM umum sekolah baru SMK Bandau, Langkon


KOTA MARUDU 24 Sept. - Selepas lebih 10 tahun menumpang di sekolah rendah, guru-guru dan murid di dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di sini iaitu SMK Bandau dan SMK Langkon boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan pembinaan sekolah baru untuk kedua-dua sekolah berkenaan.

Berita gembira itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengadakan lawatan ke SMK Bandau, yang kini menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Ongkilan, kira-kira 10 kilometer dari sini hari ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, pelan pembangunan SMK Bandau yang dijangka membabitkan kos RM34 juta sedang direka dan dijangka siap beberapa minggu lagi.

"Selepas itu kita akan membuat proses tawaran tender dan menjangkakan pembinaan boleh dimulakan awal tahun depan dan dijangka mengambil masa 24 bulan untuk disiapkan.

"Jika tidak ada halangan, kontraktor bagus, cuaca mengizinkan, awal tahun 2013, sekolah ini akan mendapat sekolah baru," katanya pada sidang akhbar selepas lawatan tersebut.

Terdahulu, Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke daerah ini merasmikan Program Kesejahteraan Siber di Sekolah peringkat kebangsaan di SMK Tandek di sini.

Timbalan Perdana Menteri kemudian menyertai umat Islam sekitar daerah ini menunaikan solat Jumaat di Masjid At-Taqwa, sebelum menghadiri Majlis Mesra Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pembinaan SMK Langkon akan dimasukkan ke dalam fasa pertama peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang bermula tahun depan.

"Bermakna kerjanya juga akan bermula tahun depan. Peruntukan juga hampir sama dan kita berharap ia dapat disiapkan selewat-lewatnya penghujung tahun 2013," katanya.

Pada sidang akhbar itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM200,00 bagi menaik taraf makmal di SMK Tandek.

Sementara itu, mengulas mengenai program susu 1Malaysia, Muhyiddin berkata, kementerian sedang menghalusi kaedah pengedaran dan pengurusan susu berkenaan di sekolah dengan pembekal di Sabah, sebelum memulakan pengagihan bulan depan.

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM60 juta untuk menjayakan program berkenaan sehingga hujung tahun ini.

"Tahun depan kita akan memohon peruntukan lain supaya lebih ramai pelajar layak dapat menerima susu berkenaan.

"Kita dianggarkan memerlukan 250 juta kotak susu untuk diagihkan kepada tiga juta murid setahun," katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian juga sedia untuk berbincang dengan pembekal susu lain di negara ini kerana jumlah yang dikeluarkan oleh pembekal susu di Sabah tidak mampu menampung keperluan seluruh negara.

Friday, August 27, 2010

SMK Tandek Sekolah BESTARI

Sekolah BESTARI? ya untuk kategori sekolah luar bandar. Tapi apa yang BESTARI sangat tu ar? Sebenarnya gelaran ini SMK Tandek dapat apabila seorang bekas guru di SMK Tandek yang telah dipinjamkan ke JPN mencadangkan agar SMK Tandek diberikan peluang untuk membestarikan diri. Sebenarnya tak bestari pun skul ni, tapi apabila mendapat gelaran ini, maka terpaksalah warga sekolah ini membestarikan diri masing2. Sempena dengan gelaran ini, syarikat swasta yang disokong sepenuhnya oleh pihak MOSTI iaitu Cyber Security yang berpusat di KL telah mengadakan satu sesi ceremah berkaitan dengan keselamatan cyber. Dari sinilah titik mulanya kenapa TPM akan mengadakan lawatan ke SMK Tandek pada 20 sep 10 kerana pada hari itu merupakan pelancaran Cyber Security di SMK Tandek. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk bersedia menyambut kedatangan TPM ke SMK Tandek. Yang peliknya semua persediaan itu memerlukan wang ringgit, tapi tiada siapa yang berikan peruntukan. macamana mau maju...

EXCEL

EXCEL melanda lagi.. Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memantapkan lagi persediaan pelajar peperiksaan dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun ini. Peperiksaan ini dijalankan selama dua minggu, dan minggu berikutnya adalah hari-hari yang sebok bagi SMK Tandek. Isnin adalah sambutan Hari Kemerdekaan, Selasa pula cuti, Rabu - Jumaat pelbagai aktiviti yang dirancang untuk membuat persediaan sempena lawatan TPM ke SMK Tandek. Dua minggu berikutnya adalah cuti. Nampak gayanya susah sangat nak menghabiskan silibus, kerana banyak masa exam atau cuti.
EXCEL yang dijalankan baru-baru ini tidak banyak membantu. Soalan2 yang disediakan mempunyai banyak ralat dan membingungkan pelajar, selain daripada itu soalan2 juga merangkumi semua topik termasuklah yang belum diajar di kelas. Pada pendapat saya, tujuan utama exam adalah untuk menguji pelajar. Tapi bagaimana hendak menguji pelajar kalau soalan yang dikeluarkan belum diajar?

Friday, May 28, 2010

Cuti Semester 1

SMK Tandek mengambil cuti tambahan selama tiga hari selepas cuti Pesta Menuai iaitu 2-4 Jun. Keseluruhannya SMK Tandek ada tiga minggu cuti penuh. Tambahan cuti selama tiga hari itu sebenarnya telahpun diganti apabila SMK Tandek mengadakan hari persekolahan biasa pada hari Sabtu selama tiga minggu berturut-turut, jadi jumlah persekolahan Sekolah ini tidak kurang. Semasa cuti selama tiga minggu ini, pejabat sekolah tidak bercuti. Oleh yang demikian kepada sesiapa yang ada urusan di SMK Tandek bolehlah datang ke sekolah ini pada bila-bila masa pejabat. Pentadbir sekolah telah menyediakan jadual bertugas bagi guru-guru kanan sekolah tersebut untuk mempastikan ada pegawai yang bertugas setiap hari. Bagi pelajar yang bali bercuti pula,adalah diharapkan agar tidak bercuti sakan, kerana exam akhir tahun belum berlalu. Cuti akan bermula pada 31 Mei dan berakhir pada 20 Jun 2010.

Wednesday, May 12, 2010

Ping Pong Negeri di SMK Tandek

Sekali lagi SMK Tandek menjadi tuan rumah bagi acara permainan Ping Pong peringkat Negeri Sabah. Bermula pada 13 Mei dan dijangka akan berakhir 15 Mei 2010.

Wednesday, April 28, 2010

Mesyuarat Agung PIBG SMK Tandek 2010

Khamis 29 April 2010 SMK Tandek sekali lagi mengadakan mesyuarat agung bagi memilih yang dipertua PIBG

Pemantauan PPD di SMK Tandek

Beberapa orang pegawai dari PPDKM telah mengadakan pemantauan kurikulum pada 27 April 2010. Semasa mereka melaksanakan pemantauan, mereka menggunakan check list yang mengandungi perkara2 yang hendak dinilai. Apa yang membuatkan saya kurang puas hati ialah ada perkara yang mereka pantau yang kami tidak diberitahu perlu dibuat. Sebagai contohnya borang yang dihantar oleh pihak PPD ke sekolah2 untuk diisi maklumat. Biasanya pihak sekolah hanya mengisi borang tersebut dan terus dikembalikan ke PPD, dan biasanya ada salinan ditinggalkan di sekolah. Tapi ada seorang pegawai yang meminta fail mengenai borang yang telah kami kembalikan ke PPD. Bagaimana kami nak sediakan fail tersebut sedangkan kami tak diberitahupun fail tersebut perlu diwujudkan. Mengikut prosedur, fail hanya akan dibuka sekiranya ada minit mesyuarat. Semasa pegawai tersebut membuat laporan, dengan lantang dia menyebut "tidak ada fail" seolah2 hendak mempersalahkan kami. Pada pendapat saya, setiap pemantauan adalah bersifat membena, memperbaiki, membimbing sehingga perkara2 yang diperlukan dapat disediakan dengan baik.

Kejohanan Ping Pong Zon Utara April 2010




Monday, April 19, 2010

SMK Tandek hampir terbakar

SMK Tandek April 19, 2010. Blok C yang menenpatkan pelajar2 Tingkatan Lima, Empat dan beberapa makmal ERT, SP dan Library nyaris2 terbakar. Saya melihat siling kelas 5IK1 sekitar jam 6.40 am masih mengeluarkan asap nipis keputihan. Kesemua meja dan lantai diselaputi dengan debu bekas siling terbakar. Mengikut cerita sekuriti sekolah, petang kelmarin ada guru yang coba2 mencari geko2 (potoki / cicak besar) di sekitar blok A. Bila saya bertanya dengan guru tersebut, memang benar dia ada mencari potoki di sekitar blok A dan langsung tidak masuk ke blok C kerana terkunci. Kunci sebenarnya hanya dipegang oleh sekuriti. Sekitar jam 7 lebih sebuah kereta bomba sampai untuk melihat keadaan. sejurus itu sebuah kereta dari lembaga Letrik pun sampai untuk menyiasat punca kejadian. setakat ini belum ada sebarang maklumat tentang punca kebakaran.

Thursday, April 8, 2010

Sukan Zon Utara kali ke-2 SMK Tandek








SMK Tandek 9 April 2010, sekali lagi SMK Tandek menjadi tumpuan ramai apabila menjadi tuan rumah dalam pesta sukan daerah2 zon utara kali ke-2 tahun 2010. Sebanyak empat buah daerah yang terdapat dalam zon utara sabah iaitu Kota Marudu, Kudat, Pitas dan Kota Belud yang menyertaai pesta sukan ini. Pesta sukan kali ini agak selesa dengan litupan awan kelabu memayungi padang SMK Tandek yang kini kelihatan kehijauan. Sebelum ini, SMK Tandek juga turut menjadi tuan rumah dalam pesta sukan antara sekolah2 dalam daerah Kota Marudu tapi pada masa itu padang SMK Tandek berwarna keperang2an kerana kemarau panjang. Pada mulanya pesta sukan ini membawa berita gembira buat warga Tandek kerana diadakan di tempat sendiri. Tapi nampaknya guru2 SMK Tandek terus menerus dilanda kesedihan apabila sekali lagi mereka menerima berita kurang menyenangkan. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga begitulah nasib warga SMK Tandek. Kontinjen Kota Marudu yang turut diwakili sebahagian pelajar SMK Tandek, telah mengecewakan warga Kota Marudu. Dengan pungutan sebanyak 13 Emas, kontinjen Kota Marudu hanya berjaya menjarakkan sebanyak 3 emas di depan daerah paling corot iaitu daerah Pitas yang hanya berjaya mengumpulkan 10 emas.





Wednesday, March 24, 2010

SMK Tandek dilanda Hujan

SMK Tandek March 23, 2010, air hujan yang dinanti2 oleh semua akhirnya turun dengan lebatnya. Setelah beberapa bulan SMK Tandek dilanda kemarau, yang turut menyaksikan rumput hijau menjadi perang macam kena pam, akhirnya SMK Tandek dilanda hujan... tapi rupanya hujan tu hanya sehari ja. Hari2 berikutnya kembali kemarau. Kena sumpahan kali ba ni

Sebelum hujan turun rumput berwarna perang macam kena pam.

Beberapa minit selepas gambar di atas diambil, tiba2 hujan turun pula.. magik betul o

Sunday, March 21, 2010

Jangan main2 ketika bermain

Ada buku pernah saya baca mengatakan seseorang yang membuat kerja dengan penuh tumpuan tak dengar bunyi bom meletup walaupun dekat dengannya. Ini cuma perumpamaan sahaja, dalam keadaan sebenar perkara sebegini jarang berlaku. Di SMK Tandek, kami bermain badminton mengikut jadual yang dirancang iaitu hari Isnin dan Rabu sahaja. Walau bagaimanapuan oleh kerana minat yang mendalam dalam permainan ini, kami juga bermain pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Jadi dalam seminggu kami bermain lima hari. Apa yang saya ingin highlight di sini ialah kesungguhan rakan2 guru untuk memajukan diri dalam permainan badminton. Pada pengamatan saya, kebanyakan rakan guru bermain untuk keseronokan sahaja. Mereka tak menyedari bahawa tujuan sebenar bermain adalah untuk latihan dan untuk meningkatkan skill bermain. Adalah menjadi satu kerugian besar apabila guru2 tidak melatih diri sendiri untuk meningkatkan skill ketika bermain. Bayangkan saja harga bulutangkis yang paling murah pun sudah mencapai RM5.00 sebiji. Paling kurang pun seorang pemain perlu mengeluarkan sebiji bulu tangkis setiap kali bermain. Itu kalau main untuk dua hingga tiga set, tapi kalau berset-set, macam saya kadang2 samapi sembilan hingga sepuluh set, dah berapa biji shuttle yang digunakan? Permainan badminton memang mahal kosnya. Walaubagaimanapun merupakan satu keuntungan kepada pemain dari segi penjagaan kesihatan. Jadi adalah sangat tidak berbaloi sekiranya seseorang itu membelanjakan wang yang begitu banyak untuk membeli raket, kasut, sarung kaki, dan shuttlecock yang mahal sekiranya tidak dapat apa2. Pada pemerhatian saya dan juga rakan2 saya, ada rakan2 yang tidak menumpukan perhatian ketika bermain, iaitu main2 ketika bermain. Ada juga yang bercakap banyak ketika bermain, dan ini sudah tentulah boleh mengganggu konsentrasi atau penumpuan rakan2 yang lain. Tidak kurang juga yang suka mengolok2 pemain lain, padahal dia sendiri tak sedar kekurangan diri. Jadi kepada rakan2 yang baik hati, sebelum anda mengata periksa diri dulu.. kalau tak nanti lain masa anda juga yang akan kena.

Perhimpunan March 22 SMK Tandek

SMK Tandek, March 22 Isnin pagi ketika guru2 dan pelajar sedang asyik mendengar pengumuman, laporan dan amanat tergemam apabila pengetua menegur sikap segelintir guru yang tak tau di mana silapnya sehingga laporan mingguan tidak dapat disampaikan ketika majlis perhimpunan diadakan. Pengetua memberitahu bahawa beliau bangga dengan kehadiran pelajar dalam perhimpunan namun kecewa pula dengan sikap beberapa orang guru yang tidak menunjukkan teladan. Mungkin kerana terlalu kecewa dan marah dengan keadaan itu beliau menyelitkan teguran kepada guru2 semasa memberikan amanat kepada pelajar. Tujuan beliau memang amat baik dalam penambahbaikan service guru2 terhadap organisasi sekolah, namun ada beberapa orang guru yang terkejut dengan cara beliau menegur guru2.

Sunday, March 14, 2010

SMK Tandek dilanda 'kemarau'

SMK Tandek bukanlah satu nama yang begitu asing bagi siapa sahaja yang pernah mendengarnya. Dari segi akademiknya sudah terbukti kehebatannya apabila ramai lepasan sekolah ini kini mengajar di sekolah yang sama. Bukan setakat itu sahaja, SMK Tandek juga pernah melahirkan pelajar yang berstatus Ph. D, MD dan tidak kurang juga yang ada Ma. Dari segi Kokurikulumnya juga tidak dapat dinafikan keunggulan SMK Tandek suatu ketika dahulu. Guru2 SMK Tandek pernah menjadi pemain PSKPPS yang hebat, sebagai contohnya cikgu Pragash, Liew, Jolly dan ramai lagi. Pelajar juga tidak kurang hebatnya. Suatu ketika dulu SMK Tandek begitu digeruni oleh sekolah2 lain, SMK Tandek selalu Juara.

Tahun ini cuaca begitu panas. Padang kini kelihatan macam rambut orang putih kuning keemasan. Ahli kajicuaca meramalkan kemarau akan melanda dalam beberapa bulan. Tapi SMK Tandek mungkin dilanda kemarau yang sangat teruk. Bayangkan saja pencapaian untuk semua peperiksaan PMR, SPM dan STPM telah merosot atau menurun dengan teruk. Yang paling malang ialah pelajar 6ASN. Mereka ini adalah pelajar2 yang terpilih, pintar, pandai kata orang kampung. Tapi bila mereka menerima keputusan, bejurut FFFFF. Dulu semasa mereka masih di T5, merekalah yang selalu dapat anugerah pelajar cemerlang, tapi kini semuanya punah. Usaha mereka selama13 untuk menuntut ilmu bagaikan menjaring angin. Untuk SPM sahaja, saya mendapati hanya satu mata pelajaran sahaja iaitu ekonomi yang meningkat. Mata pelajaran lain semua menurun.

Nampaknya malang demi malang menimpa SMK Tandek. Dah lah dilanda kemarau / cuaca panas / tiada air, dengar keputusan PMR pula merosot. Habis semua guru2 dikutuk dan dipersalahkan. Tak lama kemudian keluar pula keputusan STPM, juga merosot dengan cemerlang. Sekali lagi guru2 dikutuk dan dipersalahkan. Terakhir ialah keputusan SPM, juga merosot. Belum sempat turun suhu badan guru2, kena tambah lagi dengan kemerosotan cemerlang MSSD. Kalau tahun2 yang lalu SMK Tandek tidak bangga dengan sekadar mendapat tempat ke-2, kini SMK Tandek turun lagi satu tangga dan kini menduduki tangga ke-3, itupun hampir2 dipintas oleh sekolah2 yang lain.

Guru2 kah yang menjadi punca semua ini? kenapa tahun2 yang lalu SMK Tandek boleh mancapai kecemerlangan? Waktu SMK Tandek cemerlang, guru2 tidak pun dikata / dipuji / disanjung. Fikir2kanlah..

Mid 1st Semester Break

Cuti pertengehan semester pertama bermula pada 15 Mac dan berakhir pada 19 Mac 2010. Cuti kali ini agak panjang iaitu selama lima hari. Saya merasa cuti itu agak panjang kerana minggu sebelumnya SMK Tandek telah menjadi tuan rumah untuk MSSDKM tahun 2010, dan tentunya kebanyakan guru2 SMK Tandek telah diberikan tugas sama ada sebagai pegawai pengelola atau pegawai teknik. Pelajar juga tidak terkecuali, kerana ramai pelajar SMK Tandek terpilih untuk mewakili sekolah dalam pelbagai acara. Sebenarnya semasa MSSD dilangsungkan, PnP dijalankan seperti biasa. Walau bagaimanapun, guru2 dan pelajar2 yang terlibat di padang sudah tentulah bercuti seminggu lebih awal dari cuti yang sebenar. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang mengembirakan kepada guru2 yang bertanggungjawab. Guru2 yang bertanggungjawab selalu memikirkan untuk menghabiskan silibus yang telah dirancang. Tapi apabila guru2 dipanggil atau diarah untuk menjalankan tugas di luar sekolah, maka ini sudah tentulah membantutkan kelancaran PnP di kelas dan akhirnya silibus jarang habis. Siapakah yang bersalah dalam hal ini?

Tuesday, March 9, 2010

MSSDKM SMK Tandek pic








MSSDKM2010 SMK Tandek









awal pagi di padang SMK Tandek dijadualkan bermula jam 7am.. tapi

sebelum matahari terbit, semua da sedia belakang flat dibersihkan utk sukan

macam gurun da... tandas kilat 4 bilik, 2 bilik persalinan

pereksa ba gaman, ok ka tak saujana mata memandang

boleh tanam jagung da... ada batas lagi tu




Pertama kali dalam sejarah, warga Kota Marudu mengadakan sukan bagaikan menggunakan padang gurun. Sekali pandang

Friday, February 26, 2010

sambutan diluar dugaan





lawatan 1-1 club dari Jepun mendapat sambutan diluar dugaan di SMK Tandek, Kota Marudu. Sebaik sahaja mereka turun dari bas pelancong, kompang dibunyikan oleh pelajar2 muzik dibawah pimpinan cikgu Halena Masilung. Mereka kemudiannya diarak ke tapak taklimat di depan bilik KHT. Sebelum mereka meneruskan acara penanaman pokok, mereka sempat menyampaikan oleh-oleh dari Jepun berupa buku nota, stationary, buku komek doremon, manual Origami dan macam2 lagi. Setsen pertama yang mereka kunjungi ialah tapak penanaman bunga raya di hujung blok bilik guru iaitu yang menghadap blok KH. Di sana mereka menanam bunga raya dalam bentuk kelopak bunga raya. Setesen seterusnya ialah di hujung kantin (bekas taman matematik), di sana mereka menanam pokok payung. Selesai sahaja mereka menanam, dibawak ke dewan makan untuk jamuan ringan. Semasa mereka menikmati jamuan ringan, mereka berpeluang melihat persembahan Sompoton yang juga dipersembahkan oleh pelajar2 muzik di bawah pimpinan cikgu Halena. Akhir sekali mereka turut dipersembahkan tarian pinakang yang mana menyaksikan dua orang dari mereka turut menari.. tarian yang sungguh melucukan kerana tau2lah kalah tiada pengalaman menari.. keras betul.. semua orang ketawa.. kenangan manis bagi mereka.