Wednesday, September 29, 2010

Pelancaran ‘Cybersafe in Schools’ di SMK Tandek


KOTA MARUDU, 24 September – Pelancaran Cybersafe telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Cybersafe (Cyber Security Awareness For Everyone) merupakan satu daripada inisiatif di bawah program Innovation@Schools, satu usahasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan Kementerian Pelajaran. Program ini merupakan satu lagi langkah kerajaan di dalam mengukuhkan prasaranan keselamatan siber negara dengan fokus kepada bidang pendidikan. Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata melalui program itu diharapkan dapat meningkatkan tingkah laku serta cara berinternet dengan lebih selamat di kalangan pelajar dan guru. Katanya dalam usaha kerajaan untuk memperluaskan capaian rakyat kepada ICT serta mempertingkatkan lagi penggunaannya, harus diingat bahawa walaupun ICT merupakan alat yang boleh diguna untuk pelbagai tujuan baik, ia juga mampu mewujudkan persekitaran negatif yang mendedahkan anak-anak kepada aktiviti tidak sihat. Katanya lagi, negara menghadapi cabaran-cabaran yang besar di ruang siber, antara lain seperti keberkesanan undang-undang siber di luar sempadan negara, pertumbuhan media siber, pembangunan modal insan dalam bidang keselamatan siber, dan penggodam yang mensasarkan infrastruktur maklumat kritikal negara.
Sementara itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata berdasarkan perangkaan Cybersecurity Malaysia, terdapat peningkatan 92% dalam jumlah insiden yang dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 dalam tempon lapan bulan pertama tahun ini, iaitu 4,390 kes berbanding 2,289 kes bagi tempoh yang sama tahun ini. Katanya kes-kes ini melibatkan insiden gangguan siber, penipuan, cubaan pencerobohan, kod berbahaya, spam dan gangguan perkhidmatan. Agensi pelaksanaan Cybersecurity Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, telah mengadakan projek perintis di 22 buah sekolah seluruh negara setakat ini, melibatkan seramai 7,753 orang pelajar dan 526 orang guru.

1 comment:

  1. Layari blog Koperasi http://koperasitandek.blogspot.com/ untuk maklumat terkini tentang peristiwa koperasi SMK Tandek atau berkaitan dengan aktiviti sekolah. Sebarang pendapat atau komen amat dialu-alukan.

    ReplyDelete