Wednesday, March 9, 2011

Saya pelajar atau .....

Kalau Dr. Mahathir kata Melayu Mudah Lupa, saya pula akan kata Pelajar Mudah Lupa. Apa yang saya hendak katakan di sini bukanlah pelajar mudah lupa akan fakta-fakta PnP, tapi tugas mereka sebagai pelajar. Pelajar datang ke sekolah untuk belajar. Belajar untuk mengetahui dan menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang diajar oleh guru. Apabila mereka sudah mengetahui dan menguasai sesuatu ilmu, nilai diri akan bertambah. Asasnya tidak ada bezanya seorang pelajar yang pintar dan yang lembab dari segi fizikal. Malahan ada pelajar yang lembab lebih kuat fizikalnya. Tapi mengapa pelajar pintar juga yang sentiasa diutamakan? Ini adalah kerana mereka mempunyai nilai diri yang tinggi. Nilai diri tidak boleh disamakan dengan harga diri. Nilai diri sangat diutamakan dalam masyarakat. Ini adalah kerana individu-individu yang bernilai sahaja yang biasanya mampu menyumbang kepada masyarakat. Boleh berfikir dengan waras, sesuai dengan kemahuan 0rang ramai dan bukannya pendapat sendiri yang tidak bernilai. Sebenarnya semua mata pelajaran yang dipelajari di sekolah tidak digunakan apabila berkerja. Tapi kenapa belajar mata pelajaran yang susah-susah? Proses pembelajaran di sekolah melatih pelajar untuk meningkatkan kematangan.
Kebanyakan pelajar lupa tugas mereka. Mereka suka enjoy di sekolah. Mereka suka ada teman istemewa. Banyak menghabiskan masa dengan bermain sms. Jadual waktu yang dikhususkan untuk belajar juga digunakan untuk melayan teman istimewa melalui sms. Duit yang diderma oleh ibubapa atau pelajar itu minta sendiri habis digunakan untuk membeli reloade. Apa yang mereka dapat? rugi lah yang mereka dapat. Kemungkinan perhubungan melaluinya berjaya merapatkan perhubungan mereka. Tapi biasanya perhubungan ini betujuan untuk kepentingan diri sendiri terutama sekali di pihak lelaki. Pihak lelaki adalah seperti buaya yang sentiasa mencari mangsa, Seperti harimau yang kelaparan, dan seperti kancil yang pintar mencari alasan. Kata-katanya dikarang oleh sang setan. Manis seperti madu, si gadis yang begitu lembut hatinya bagaikan melayang-layang mendengar kata-kata yang manis memujinya denganpujian palsu. Tapi awas, lelaki tetap seperti buaya, singa dan harimau. Sentiasa mencari mangsa. Lepas satu, satu lagi dan lagi.. tak pandai puas sampai mampus.
Ingatlah, itulah sebabnya pelajar belajar di sekolah. Mempelajari sesuatu yang mereka tidak tahu. Mengetahui sesuatu yang mesti mereka tahu. Jangan jadikan diri anda menjadi mangsa. Objektif utama pembelajaran di sekolah adalah untuk mendapatkan kelulusan. Kelulusan yang baik pula akan memudahkan mereka mendapatkan perkerjaan. Perkerjaan yang baik dan terjamin pula akan memudahkah kehidupan masa depan mereka terutama sekali kehidupan selepas kahwin. Bayangkan kalau berkahwin tanpa ada sebarang pendapatan. Di mana hendak mencari duit? Tak kan terus menerus mengharapkan ibubapa yang mekin lama makin tak berdaya? Ingat... seseorang yang tidak ada pendapatan biasanya selalu menjadi mangsa buli. Jadi adakah anda mau dibuli oleh suami atau isteri? fikir-fikirkanlah....

No comments:

Post a Comment