Sunday, March 13, 2011

Datuk Lee Chong Wei Juara All England 2011



KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan Seluruh England apabila menumpaskan pemain China, Lin Dan pada final perseorangan di Birmingham, sebentar tadi.

Chong Wei menang 21-17,21-17 untuk singkirkan musuh tradisinya itu dalam masa 52 minit. Pada pengamatan saya, Lin Dan seolah-olah tidak bermain bersungguh-sungguh dan tidak kisah kalah atau menang. Mimik mukanya nampak selamba langsung tak menampakkan tekanan. Dia bermain sangat tenang dan tak tertekan langsung. Dia juga kurang menyerang, malahan banyak buat unforce error. Adakah dia bagi peluang kepada Datuk Lee? Apabila permainan tamat, Lin Dan langusung tak menampakkan mimik muka yang kecewa.

Lain pula ceritanya dengan beregu harapan negara. Tidak fokus ketika bermain, sehingga hilang tumpuan. Oleh kerana terlalu memikirkan kemenangan, mereka tidak tenang ketika bermain. Keadaan ini menyebabkan mereka banyak buat unforce error, dan akhirnya kalah.

No comments:

Post a Comment