Monday, March 14, 2011

SMK Kota Marudu Banjir Lagi


Kota Marudu March 12, SMK Kota Marudu mandi banjir sekali lagi. Hujan tak henti2 selama beberapa hari menyebabkan sungai melimpah dan banyak kawasan daerah Kota Marudu mengalami banjir. Beberapa kampung di kaki bukit yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air, kali ini tak kepunan mengalami banjir.

Mengikut kajian saintis, ada satu fenomena yang bakal terjadi pada 19 mac 2011 bersamaan hari Sabtu iaitu bulan berada lebih dekat kepada Bumi. Sebelum ini, fenomena ini telah berlaku beberapa kali dan menyebabkan bencana yang teruk. Analisis menunjukkan bencana itu berlaku sebelum fenomena bulan mendekati bumi iaitu dalam dua minggu sehingga ke hari bula mendekat bumi.

Pada masa itu, Bulan akan menghasilkan tarikan graviti yang lebih kuat dari biasa. Ini bererti objek yang berada di atas Bumi akan mengalami dua tarikan graviti, iaitu tarikan graviti bumi dan tarikan graviti bulan. Adalah dijangka berat objek akan berkurangan pada masa itu nanti. Jadi, beli lah barang2 yang ditimbang sebelum dijual, kerana harganya akan menjadi lebih murah dari biasa.

No comments:

Post a Comment