Sunday, March 13, 2011

Jurujual / pegawai pemasaran dilarang berurusniaga di Sekolah

Jurujual atau Pegawai Pemasaran adalah dilarang membuat sebarang urusniaga di kawasan sekolah. Tindakan segelintir pegawai pemasaran yang berjaya masuk ke kawasan sekolah yang mengiklankan produk adalah mengganggu pnp guru-guru di sekolah. Masa bekerja bagi guru-guru di sekolah ialah dari jam 7.00 am - 5.40 pm. Masa ini merupakan masa rasmi guru-guru membuat kerja di sekolah. Pegawai pemasaran yang datang pada masa itu sebenarnya sedang mengganggu tugas guru di sekolah. Kebanyakan pegawai pemasaran pada masa ini banyak mensasarkan sekolah sebagai tempat untuk memasarkan produk syarikat masing-masing.

1 comment:

  1. Bantulah mereka yg memerlukan...bygkn jika kita ditempat mereka...

    ReplyDelete