Monday, November 9, 2009

Pakai otak ketika bermain

Dalam semua permainan, kebanyakan pemain berusaha sedaya upaya untuk menang. Keinginan untuk menang kadang2 menyebabkan pemain merasa tertekan. Apabila tertekan, prestasi pemain akan terganggu. Ini menyebabkan permainan seseorang itu tidak menjadi. Sebagai contoh dalam permainan badminton. Tujuan utama permainan ini adalah untuk kesihatan dan keseronokan serta kepuasan. Apabila permainan ini dipertandingkan, tujuan utama tadi tidak tercapai. Apa yang berlaku adalah disebaliknya. Kadang2 dalam permainan beregu, apabila rakan seregu selalu melakukan kesilapan demi kesilapan, rakan yang satu lagi pasti akan merasa panas hati. Ini menyebabkan permainannya turut terganggu.

Ketika bermain, saya merasa seronok apabila saya dapat menipu pihak lawan dengan gerakan yang mengelirukan. Smash yang kencang menjadi pengukur kehebatan dan dari sinilah tercetusnya perasaan seronok yang amat sangat. Keseronokan itu akan bertambah2 apabila saya dapat mengembalikan semua smash dari pihak lawan, bukan saja dapat mengembalikan malahan dapat pula meletakkan di tempat yang tidak terjangkau pihak lawan. Dalam permainan badminton, minda pemainlah yang memainkan peranan utama. Pemain yang selalu menang dapat mengawal mindanya dengan baik sehingga dia mampu berfikir terlebih dahulu sebelum memukul shuttle. Pemain yang tidak menggunakan otak biasanya memukul shuttle secara rawak saja. Asalkan shuttle dapat dikembalikan sudah memadai. Jadi permainan badminton, bukan sahaja untuk kesihatan, malahan satu bentuk latihan mental.

No comments:

Post a Comment

Jadual Gaji SBPA


I made this widget at MyFlashFetish.com.