Thursday, November 12, 2009

Kursus Headcount

Kursus selama dua jam ini disasarkan kepada ketua-ketua Panitia untuk semua mata pelajaran di SMK Tandek. Dengan hanya menggunakan perisian Microsoft Excel, penceramah dari SMK Kota Marudu menerangkan bagaimana menentukan berapa peratus sesuatu mata pelajaran itu harus ditingkatkan dari keputusan terkini. Fail excel itu dibuat dengan rumit kerana melibatkan banyak rumus2, hanya untuk menentukan berapa peratus sasaran peningkatan kelulusan sesuatu mata pelajaran. Pada pemerhatian saya, kebanyakan guru2 yang menghadiri taklimat itu kurang memahami bagaimana data-data diolah sehingga menghasilkan sasaran peningkatan peratusan kelulusan. Kaedah yang digukanan begitu imperik dan susah untuk diaplikasi. Walau bagaimanapun tidak dinafikan ada juga guru2 yang merasa sangat mudah dengan pembangunan fail excel tersebut. Ada yang memberikan pendapat, tak perlu fail itu pun boleh tentukan sasaran. Apapun tujuan utama kursus itu adalah untuk memenuhi keperluan kursus guru2 SMK Tandek. Satu pelajaran penting saya dapat ketika kursus itu dijalankan, berhati2 memilih soalan untuk diajukan. Elakkan soalan2 yang membosankan rakan2, pilihlah soalan yang dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh semua orang.

Matlamat utama kursus ini sebenarnya memang sangat baik kalau diaplikasikan. Tapi apa yang saya nampak, tidak ada tanda2 yang menunjukkan guru2 akan merealisasikan kaedah itu di sekolah. Apa tidaknya, dalam iklan dinyatakan guru2 diminta membawa notebook masing2. Maka adalah guru2 ni yang berusaha mencari notebook sehingga meminjam notebook PPSMI. Tapi apa yang berlaku ialah LDK tidak berjalan dengan lancar. Guru2 boleh saja buat kemudian, tapi kalau mereka menghadapi masalah, nak tanya siapa nanti?




















No comments:

Post a Comment