Merentas Desa yang biasanya diadakan setiap awal tahun di SMK Tandek, diadakan buat julung2 kalinya sehari sebelum cuti hujung tahun. Perubahan jadual yang mendadak ini nampaknya mempunyai kesan yang mendalam ke atas rumah sukan Dol Said. Beberapa tahun kebelakangan ini, Dol Said selalu menjuarai acara ini. Namun, kali ini Dol Said tesandung jatuh ke tangga terakhir. Bagaikan melepaskan batuk di tangga, acara ini dilaksanakan sekadar memenuhi tuntutan takwim tahunan. Pelajar yang menjuarai setiap kategori nampaknya tidak berada di tempat yang sepatutnya. Bayangkan saja juara kategori perempuan A, hanya memakai selipar yang agak berat, bukan selipar jepun. Sebenarnya larian akan menjadi lebih senang dengan memakai kasut atau langsung tak pakai apa2 alas kaki, tapi... ini yang memakai selipar pula yang menang. Ada juga arahan yang saya dengar mengatakan semua harus ikut, takk lari pun tak apa, jalan kaki sahaja pun bolehlah. Bagi pelajar yang berbakat tapi tak ada semangat, pasti tidak akan berusaha. Akhirnya pelajar yang sepatutnya menang tidak menang kerana tidak ada semangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment