Thursday, November 12, 2009

APC – Anugerah Pelajar Cemerlang

Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tandek 2009 merupakan satu program tahunan SMK Tandek khusus untuk memberikan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik atau kokurikulum. Pelajar yang mendapat anugerah ini bukan calang2 kerana hanya pelajar yang mendapat markah 80% ke atas sahaja yang layak mendapat anugerah tersebut. Tambahan pula markah ini merupakan markah purata untuk dua semester berturut-turut, iaitu jumlah markah semester I tambah dengan jumlah markah semester II, di bahagi dengan dua barulah dapat markah purata. Maksudnya, pelajar perlu mendapat markah 80% untuk semester I dan 80% lagi untuk semester II. Dari pemerhatian saya, bilangan penerima anugerah ini amat sedikit di kalangan pelajar sains kerana mata pelajaran sains dan matematik diajar dengan menggunakan medium Bahasa Inggeris. Pelajar di SMK Tandek, kebanyakannya adalah datang dari kawasan luar bandar, yang kurang menguasai bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment