Monday, January 25, 2010

Cobaan bunuh?

Cobaan bunuh?
Tandek 25 Jan 10, dua blok bangunan untuk menempatkan kakitangan bukan mengajar (KTBM) nyaris terbakar apabila objek yang sedang bernyala dilontarkan ke dalam rumah Penyelia asrama cuma membakar sepasang kasut sahaja. Cobaan membakar yang dilakukan oleh entah siapa pada malam itu disasarkan kepada penyelia asrama. Kejadian itu hanya disedari awal pagi oleh guru yang tinggal bersama kawannya yang berkerja sebagai penyelia asrama. Mengikut cikgu Willorin, beliau terkejut apabila mendapati kasut yang selalu dipakainya ke sekolah hangus terbakar. Penjenayah itu dipercayaai melontarkan benda yang sedang menyala ke dalam rumah mereka. Nasib baik objek yang dilontarkan itu cuma terkena kasut dan bukannya kain langsir atau benda-benda lain yang mudah terbakar. Sekiranya objek itu mendarat di tempat yang mudah terbakar, nescaya bangunan dua blok iaitu rumah ktbm pastilah tadak akan kelihatan lagi pada hari keesokannya.
Pada masa yang sama, sebuah kereta kepunyaan warden makanan dan agama turut menjadi mangsa kenakalan stranger itu. Keempat-empat tayar kereta proton saga berwarna hijau telah dibuang anginnya. Yang menghairankan lagi, selepas membuang angin tayar kereta itu, stranger itu menutup semula tiub tayar dengan menggunakan penutup sedia ada. Nasib baiklah cuma tayar kereta itu sahaja yang menjadi mangsa dan bukannya badan kereta itu. Kalaulah badan kereta itu dicalar-calar sudah tentulah kos untuk mengecat semula sangat mahal.
Kejadian itu telah dilaporkan ke pengetahuan pentadbir sekolah. Pengetua sendiri datang ke tempat kejadian untuk melihat sendiri apa yang telah berlaku. Komen beliau ialah, ada kemungkinan kereta itu terpijak paku katanya. Tambahnya lagi adalah satu perbuatan bodoh untuk duduk lama-lama di tepi kereta untuk membuang angin. Beliau tidak percaya perkara itu adalah perbuatan seseorang. Walau bagaimanapun, beliau percaya dengan cobaan membakar rumah ktbm itu bukannya satu kejadian tak disengajakan.
Tengah hari itu juga pihak polis datang untuk melihat kejadian. Pihak polis meminta mangsa untuk melaporkan kejadian itu di balai polis berdekatan, barulah mereka akan membuat penyiasatan. Setakat ini belum ada sebarang petunjuk yang dijumpai. Walau bagaimanapun, warden-warden asrama bersama-sama dengan pengawal keselamatan sekolah ada pandangan tersendiri mengenai kejadian itu. Mereka mengesyaki kejadian cobaan bunuh itu dilakukan oleh orang yang tinggal dalam kawasan sekolah. Orang itu mungkin tidak puas hati dengan perangai penyelia asrama dan warden makanan asrama. Siapaka mereka? Kami sebenarnya tau tapi biarlah pihak polis yang menyisat perkara itu terlebih dahulu

No comments:

Post a Comment