Sunday, March 14, 2010

SMK Tandek dilanda 'kemarau'

SMK Tandek bukanlah satu nama yang begitu asing bagi siapa sahaja yang pernah mendengarnya. Dari segi akademiknya sudah terbukti kehebatannya apabila ramai lepasan sekolah ini kini mengajar di sekolah yang sama. Bukan setakat itu sahaja, SMK Tandek juga pernah melahirkan pelajar yang berstatus Ph. D, MD dan tidak kurang juga yang ada Ma. Dari segi Kokurikulumnya juga tidak dapat dinafikan keunggulan SMK Tandek suatu ketika dahulu. Guru2 SMK Tandek pernah menjadi pemain PSKPPS yang hebat, sebagai contohnya cikgu Pragash, Liew, Jolly dan ramai lagi. Pelajar juga tidak kurang hebatnya. Suatu ketika dulu SMK Tandek begitu digeruni oleh sekolah2 lain, SMK Tandek selalu Juara.

Tahun ini cuaca begitu panas. Padang kini kelihatan macam rambut orang putih kuning keemasan. Ahli kajicuaca meramalkan kemarau akan melanda dalam beberapa bulan. Tapi SMK Tandek mungkin dilanda kemarau yang sangat teruk. Bayangkan saja pencapaian untuk semua peperiksaan PMR, SPM dan STPM telah merosot atau menurun dengan teruk. Yang paling malang ialah pelajar 6ASN. Mereka ini adalah pelajar2 yang terpilih, pintar, pandai kata orang kampung. Tapi bila mereka menerima keputusan, bejurut FFFFF. Dulu semasa mereka masih di T5, merekalah yang selalu dapat anugerah pelajar cemerlang, tapi kini semuanya punah. Usaha mereka selama13 untuk menuntut ilmu bagaikan menjaring angin. Untuk SPM sahaja, saya mendapati hanya satu mata pelajaran sahaja iaitu ekonomi yang meningkat. Mata pelajaran lain semua menurun.

Nampaknya malang demi malang menimpa SMK Tandek. Dah lah dilanda kemarau / cuaca panas / tiada air, dengar keputusan PMR pula merosot. Habis semua guru2 dikutuk dan dipersalahkan. Tak lama kemudian keluar pula keputusan STPM, juga merosot dengan cemerlang. Sekali lagi guru2 dikutuk dan dipersalahkan. Terakhir ialah keputusan SPM, juga merosot. Belum sempat turun suhu badan guru2, kena tambah lagi dengan kemerosotan cemerlang MSSD. Kalau tahun2 yang lalu SMK Tandek tidak bangga dengan sekadar mendapat tempat ke-2, kini SMK Tandek turun lagi satu tangga dan kini menduduki tangga ke-3, itupun hampir2 dipintas oleh sekolah2 yang lain.

Guru2 kah yang menjadi punca semua ini? kenapa tahun2 yang lalu SMK Tandek boleh mancapai kecemerlangan? Waktu SMK Tandek cemerlang, guru2 tidak pun dikata / dipuji / disanjung. Fikir2kanlah..

2 comments:

  1. mesti disiplin pelajar pun Kemarau jg kn???

    ReplyDelete
  2. lol... intresting... bagi sya smk tandek mantap bah guru2 dia pun mantap.... kalau tia mantap takkan jadi guru ...
    "kemarau" ni bukan hanya berlaku di smk tandek ja... tapi semua sekolah..
    sya berharap juga smk tandek dapat kembalikan zaman kegemilangannya.. smk tandek sebelum ni sudah banyak melahirkan insan2 yang mantap...
    dulu= byk pelajar mantap, sekarang= kurang pelajar mantap...
    penyelesaian= apa policy yg diguna pakai dulu tapi telah ditinggalkan pada waktu kini.. jika dapat mengenalpasti maka smk tandek akan kembali cemerlang.

    ReplyDelete